Viral gambar gendong bayi 5 bulan di belakang naik motor, bapa jelaskan dah tak buat lagi

“Itu gambar dua tahun lalu. Rakan `repost’. Sekarang saya tak buat dah,” kata Musyafiq Azreen Abdul Karim, 24.

Dia berkata demikian mengulas foto dirinya menggendong anaknya menggunakan ‘baby carrier’ menaiki Kawasaki RR150 yang viral di Facebook, sejak 13 September.

gambar gendong bayi 5 bulan di belakang naik motor

gambar gendong bayi 5 bulan di belakang naik motor

“Sebenarnya, ketika itu saya hendak menjemput isteri dari tempat kerja. Saya agak terdesak berbuat demikian sebab tiada siapa boleh tolong jaga anak saya yang ketika itu baru lima bulan,” katanya.

Menurutnya, gambar itu dimuatnaik semula oleh rakannya, Ayed kerana sempena hari lahirnya.

“Gambar itu dimuatnaik semula sekadar suka-suka kerana kami dulu pernah berkonvoi bersama. Hanya tanda ingatan dia sempena hari lahir saya. Tak sangka akan `viral’ semula,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di Melaka.

Dia yang bekerja sebagai mekanik, berkata ketika foto itu dirakam dia dalam perjalanan menjemput pulang isterinya, Siti Noor Rosnani Zabidi, 27, dari Ayer Keroh ke Bandaraya Melaka.

Katanya, disebabkan tiada siapa dapat membantu menjaga anaknya ketika itu, dia terpaksa menggendong anaknya menggunakan ‘baby carrier’ yang dianggapnya sebagai selamat.

“Saya buntu ketika itu dan tidak tahu nak buat macamana. Itulah yang membuatkan saya mengambil keputusan menggendong anak. Ketika itu, saya hanya ada motosikal.

“Ketika itu juga saya baru saja berpindah ke Melaka. Lebih 10 kali saya bawa anak seperti itu untuk menjemput isteri pulang dari tempat kerja. Ada orang menasihati saya supaya berhenti melakukannya. Tapi, kekadang ada juga rakan ikut saya untuk memastikan keselamatan kami,” katanya.

Menurutnya, dia kini tidak lagi berbuat demikian selepas membeli kereta manakala isterinya juga sudah berhenti kerja dan memberi tumpuan membesarkan anaknya yang kini sudah berusia tiga tahun.

“Saya juga ada membaca komen daripada pengguna laman sosial di FB rakan saya itu yang rata- ratanya memberikan reaksi positif dan ada juga yang mengecam tindakan saya itu.

“Apapun saya lakukan itu disebabkan kerana terdesak dan sudah pasti sebelum berbuat demikian saya memastikan keselamatan anak. Biarlah apa mereka nak cakap kerana mereka tidak berada di tempat saya,” katanya.

Sehingga kini, `post’ itu sudah mendapat 16.,000 ‘like’ dan turut dikongsi lebih 5,200 pengguna di laman FB.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post