Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dimasukkan ke IJN, nafi berita sedang tenat

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, petang tadi, selepas mengadu kurang sihat.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dimasukkan ke IJN, nafi berita sedang tenat

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dimasukkan ke IJN, nafi berita sedang tenat

Difahamkan, beliau mendapatkan rawatan di Negeri Sembilan Chinese Meternity Hospital (NSCMH), di sini, namun pakar perubatan menasihatkan beliau mendapatkan rawatan dan pemantauan lanjut di IJN.

Mohamad hadir merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Rembau di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi di sini, pagi tadi, namun mengadu tidak sihat ketika berucap kira-kira jam 9.30 pagi.

Mohamad dikatakan berucap kira-kira 15 minit dan meminta untuk meninggalkan majlis selepas berasa kurang sihat.

Pegawai akhbarnya, Zulkefli Awang menafikan khabar angin yang tersebar di laman sosial yang mendakwa Menteri Besar sedang tenat.

“Datuk Seri ada maklumkan pada perasmian Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Rembau pagi tadi yang beliau tidak sihat dan merasakan mungkin kerana ubat ulser yang diberikan doktor dosnya tinggi.

“Ini menyebabkan Datuk Seri mengalami ketidakselesaan pada perut dan berasa kurang sihat,” katanya di sini dalam aplikasi WhatsApp.

Sumber: Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post