Pelajar tingkatan 3 dilarikan dua lelaki naik motor ketika menunggu van untuk ke sekolah

Pelajar tingkatan 3 dilarikan dua lelaki menunggang motosikal di hadapan rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn, pagi tadi.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Nur Darleen Dazeera Azhar, 15, menunggu van untuk ke sekolah.

Pelajar tingkatan 3 dilarikan dua lelaki naik motor

Pelajar tingkatan 3 dilarikan dua lelaki naik motor

Pelajar tingkatan 3 dilarikan dua lelaki naik motor

Menurut laporan BH, bapa saudara mangsa, Jalaluddin Md Zin berkata, Nur Darleen sepatutnya menaiki van ke sekolah tetapi ditarik dua lelaki bermotosikal dan dilihat dia duduk di tengah-tengah kenderaan itu.

Katanya, kejadian itu dilihat pemandu van dan rakan-rakan Nur Darleen di dalam van itu tetapi mereka tidak sempat berbuat apa-apa.

“Pemandu van dan rakan-rakannya nampak dia seperti melambai ke arah mereka tetapi lelaki yang menunggang motosikal itu dikatakan memarahinya kerana berbuat demikian,” kataya.

Sementara itu, menurut laporan NST online, Jalaluddin berkata, polis sedang mengambil kenyataan daripada keluarga, rakan-rakan dan saksi kejadian terbabit.

 

Sumber: Harian Metro

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post