Tengah memandu tiba-tiba ditimpa bancuhan simen

Seorang warga emas terkejut besar apabila ditimpa bancuhan simen dan keretanya di Jalan Kampung Cina di sini semalam.

Sedang memandu, tiba-tiba ditimpa bancuhan simen

Sedang memandu, tiba-tiba ditimpa bancuhan simen

Sedang memandu, tiba-tiba ditimpa bancuhan simen

Wan Nawang Wan Mamat, 62, dari Kampung Seberang Takir berkata kejadian berlaku kira-kira 11 pagi ketika beliau sedang memandu.

Bancuhan simen tersebut dipercayai terjatuh selepas acuan daripada papan untuk tiang sebuah bangunan hotel lima tingkat yang sedang dalam pembinaan pecah.

“Kejadian berlaku sangat pantas. Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman yang agak kuat dan sedar-sedar badan saya sudah dipenuhi bancuhan simen dan kesemua cermin kereta saya pecah serta retak.

“Mujurlah simen jatuh di bahagian depan cermin, bukan atas bumbung kereta. Kalau jatuh atas bumbung kereta, saya tak dapat bayangkan macam mana jadi keadaan saya,” katanya kepada pemberita.

Beliau cedera ringan manakala cermin tiga buah kenderaan lain yang diparkir di kawasan tersebut turut pecah. — Bernama

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post