Pemilik Satin Skinz dihentam netizen dan dilabel syok sendiri kerana nak beli panggung wayang

Kecoh di laman media sosial Instagram baru-baru ini selepas satu keratan gambar yang merakamkan kenyataan dari seorang pemilik produk kosmetik Satin Skinz yang berkata ingin membeli sebuah panggung wayang dan sekiranya harapan itu menjadi kenyataan, dia akan belanja kesemua pengikut Instagramnya menonton wayang percuma setiap bulan.

Pemilik Satin Skinz dihentam netizen dan dilabel syok sendiri kerana nak beli panggung wayang

Pemilik Satin Skinz dihentam netizen dan dilabel syok sendiri kerana nak beli panggung wayang

Keratan gambar Instagram oleh pemilik SatinSkinz itu seterusnya menjadi viral dan mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

Apa yang menjadi tumpuan netizen adalah angan-angan besar yang dipasang oleh pemilik SatinSkinz ini untuk membeli sebuah panggung terkemuka dan hasratnya untuk belanja pengikutnya di Instagram untuk menonton filem sebulan sekali.

Keratan gambar dari Instagram Satin Skinz.

Kebanyakan komen dari netizen menyifatkan angan-angan pemilik SatinSkinz itu sekadar kosong bagi jenama yang ‘baru nak up’ dan ada juga yang menyifatkan angan-angan itu sebagai satu perkara positif.

Namun, setakat ini pemilik SatinSkinz masih belum lagi membuat sebarang kenyataan balas di laman Instagramnya.

Satin Skinz merupakan jenama yang diasaskan oleh sepasang suami isteri (Iskandar dan Mimi) sejak 2014 dan mempunyai beberapa rangkaian produk kecantikan seperti supplement, skincar, jamu dan banyak lagi.

Bagi kami, tidak salah untuk memasang angan-angan besar, malah segala kejayaan di dunia ini bermula dengan angan-angan.

Tetapi macam biasa, setiap perkara mesti ada yang membangkang dan ada juga yang menyokong. Itu boleh dikatakan adat lebih-lebih lagi dalam dunia perniagaan.

 


lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post