Polis menjelaskan mereka tidak menerima sebarang aduan mendakwa terserempak dengan hantu pocong di Bukit Balah di sini, seperti yang tersebar di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Jeli sehubungan itu menasihati orang ramai supaya jangan mudah percaya dan terpengaruh dengan sesuatu cerita yang tidak disahkan oleh pihak bertanggungjawab.
“Polis juga nasihatkan agar hentikan cerita tidak berfaedah bagi menakut-nakutkan masyarakat serta pengguna laluan berkenaan,” kata DSP Mohd Yusoff Jaafar dilapor Berita Harian.
“Kami juga tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pihak terbabit sekiranya menerima laporan.”
Baru-baru ini tersebar gambar dan dokumen kononnya laporan polis dibuat seorang pegawai perikanan daerah Jeli yang terserempak dengan pocong ketika memandu di Jalan Kampung Bukit Balah pada Isnin lalu kira-kira pukul 3 pagi.
Laporan itu mendakwa, objek putih yang disyakinya balutan kain kapan secara tiba-tiba melompat dan hilang dari pandangan, namun sempat merakamkan gambar “pocong” itu.
Gambar “pocong” tersebut dipercayai berasal dari Indonesia.
Sumber: Malay Mail
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW