Penyanyi kumpulan heavy metal jadi wakil rakyat secara tak sengaja walaupun poster kempennya bertulis ‘Tolong jangan undi saya’

Seorang penyanyi kumpulan heavy metal jadi wakil rakyat  secara tak sengaja selepas memenangi pilihan raya tempatan walaupun bergambar dengan kucing dengan mesej ‘Tolong jangan undi saya’ pada poster kempennya.

Penyanyi kumpulan Darkthrone, Glyve Nagell menjadi sensasi di media sosial di
Norway selepas dipilih sebagai ahli majlis perbandaran Kolbotn yang mempunyai kira-kira 9,000 penduduk.

Penyanyi kumpulan heavy metal jadi wakil rakyat secara tak sengaja walaupun poster kempennya bertulis 'Tolong jangan undi saya'

Penyanyi kumpulan heavy metal jadi wakil rakyat secara tak sengaja walaupun poster kempennya bertulis ‘Tolong jangan undi saya’

Nagell berkata, seorang ahli politik menghubunginya dan bertanya sama ada dia mahu bertanding dalam pilihan raya tempatan dengan menjadi calon gantian.

“Kerana yakin tidak akan dipilih dan bakal mendapat tempat tercorot, saya bersetuju.

“Satu-satunya kempen saya hanyalah poster dengan gambar saya memegang kucing dengan mesej ‘Tolong jangan undi saya’,” katanya.

Menurutnya, kempennya menjadi viral di Internet dan selepas pilihan raya dia terkejut mendapati dia antara calon yang menang dan mendapat majoriti besar.

“Bagaimanapun, saya langsung tidak gembira dengan berita itu dan sangat menyesal.

“Menjadi ahli politik sangat membosankan dan tidak menerima bayaran yang tinggi,” jelasnya.

Lebih malang lagi dia tidak boleh meletakkan jawatannya dan terpaksa kekal untuk empat tahun lagi. – Agensi

Sumber: Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post