Walaupun terguris dengan sindiran dan tohmahan, Felixia Yeap tak penat peluk Islam

Selepas dua tahun memeluk Islam, keimanan Felixia Yeap tak penat peluk Islam dan terus utuh walaupun pernah menerima kecaman masyarakat sekeliling.

Bekas model majalah Playboy berkata tohmahan masyarakat tidak dihiraukan kerana apa yang lebih penting hatinya lebih tenang selepas menerima Islam.

Walaupun terguris dengan sindiran dan tohmahan, Felixia Yeap tak penat peluk Islam

Walaupun terguris dengan sindiran dan tohmahan, Felixia Yeap tak penat peluk Islam

“Saya memang ada rasa terguris namun saya berpendirian untuk tidak mementingkan pendapat manusia.

“Saya cuba kurangkan ambil berat tentang kata-kata sindiran dan tohmahan orang seperti mana yang ibu saya dan suami saya sering kali nasihatkan,” katanya kepada Kosmo!.

Finalis ratu cantik Malaysia 2010 memeluk Islam pada Julai 2014 sebelum berkahwin dengan ketua pegawai eksekutif NanoMalaysia Bhd Dr Rezal Khairi Ahmad.

Felixia, nama Islamnya Raisyyah Rania Yeap, berkata Islam berjaya membentuk dirinya lebih sederhana dan matang dari segi pemikiran.  

“Apabila saya membuat keputusan untuk berhijrah dua tahun lalu dan mendapat restu daripada keluarga sendiri, kehidupan saya tenang, sederhana dan ringkas.

“Saya bersyukur, saya seperti dilahirkan semula. Saya juga kurang rasa negatif dan berfikiran sempit seperti dahulu,” pelakon drama “Nikah Kita Bercinta” dilaporkan berkata.

Sumber: Malay Mail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post