Rakyat Malaysia di luar negara perlu jaga imej baik negara, pesan Zahid Hamidi

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menjaga nama baik dan imej negara ketika berada di luar negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat sama ada yang bekerja atau melanjutkan pelajaran di luar negara tetap memikul tanggungjawab untuk memastikan nama Malaysia tidak dipandang serong oleh masyarakat antarabangsa.

Rakyat Malaysia di luar negara perlu jaga imej baik negara, pesan Zahid Hamidi

Rakyat Malaysia di luar negara perlu jaga imej baik negara, pesan Zahid Hamidi

“Apabila rakyat pergi ke luar negara, kita sebenarnya membawa nama dan imej Malaysia. Jika ada yang melakukan sesuatu yang tidak baik dan terpapar dalam media, orang luar tidak akan rujuk kita ini dari Pulau Pinang atau Gombak atau Segambut tetapi mereka panggil ‘orang Malaysia’.

“Justeru, walau siapa pun kita, apa bangsa kita, kita adalah rakyat Malaysia. Tanamkan dalam hati dan minda, sekali kita rakyat Malaysia, selamanya kita adalah orang Malaysia. Malaysia adalah ‘tanah dan jiwa’ kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meluangkan masa beramah mesra bersama 70 mahasiswa yang melanjutkan plajaran di pelbagai institut pengajian tingi (IPT) di kawasan pantai timur Amerika Syarikat (AS) di Restoran Rasa milik rakyat Malaysia di sini, sebentar tadi.

Ahmad Zahid ditemani isteri, Datin Seri Hamidah Khamis. Yang turut hadir, Naib Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Pantai Timur AS, Muhammad Alif Imran Rafique Ali.

Terdahulu, pada sebelah pagi, Timbalan Perdana Menteri menyampaikan ucapan penutup wakil negara-negara yang hadir sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-71.

Ahmad Zahid turut berkata, perbezaan yang wujud dalam kalangan masyarakat perlu ditangani secara berhemah dengan mencari titik persamaan.

“Kita boleh berbeza pandangan tetapi hormati pandangan orang lain juga. Kita perlu belajar menghormati perbezaan pendapat.

“Setiap orang ada kelemahan dan kesilapan. Cari titik persamaan untuk kepentingan kebersamaan kita,” katanya.

Sumber: Bharian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post