Penumpang perkhidmatan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya akan menikmati tambang percuma sepanjang hari selama tiga hari bermula 13 September ini.
Presiden dan Ketua Pegawai EksekutifKumpulan Prasana Malaysia Berhad (Prasana), Datuk Azmi Abdul Aziz berkata, pemberian tambang percuma itu untuk menghargai kesetiaan penumpang meskipun berdepan isu kelewatan perjalanan sejak Rabu lalu.
Katanya, pihaknya sedang mengenal pasti punca kerosakan dan laporan awal menunjukkan terdapat gangguang kepada sistem bekalan kuasa tren.
“Gangguan (bekalan kuasa) kepada tren pada Rabu lalu dan pagi tadi menyebabkan ribuan pengguna terkandas.
“Disebabkan itu, Prasana mengambil inisiatif memberi tambang percuma kepada semua penumpang 13 hingga 15 September ini.
“Ini adalah salah satu aspek yang boleh kita berikan kembali kepada penumpang untuk menghargai kesetiaan selain tanda permohonan maaf kepada mereka (penumpang),”katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Sumber: Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW