Saharul Ridzwan minta maaf tak jemput majlis kahwin

Pelakon Saharul Ridzwan minta maaf jika ada mana-mana pihak yang tidak mendapat undangan ke majlis perkahwinannya pada minggu lalu berikutan kekhilafannya yang mungkin terlepas pandang.

Rakan Artis Tidak Dijemput Majlis Kahwin, Saharul Ridzwan Minta Maaf

Rakan Artis Tidak Dijemput Majlis Kahwin, Saharul Ridzwan Minta Maaf

Rakan Artis Tidak Dijemput Majlis Kahwin, Saharul Ridzwan Minta Maaf

Baca artikel sebelum: Tak hadir majlis kahwin Saharul Ridzwan, Mia Ahmad dedah tak dapat jemputan
Saharul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 27, menjelaskan semua urusan kad jemputan kepada tetamu diserahkan kepada pengurus majlis perkahwinannya.

“Semua jemputan artis, klien, produser dan kru produksi telah diserahkan kepada pengurus majlis (wedding planner).

“Minta maaf mungkin ada yang saya terlepas pandang,” ujarnya kepada mStar Onlineyang baharu sahaja tiba di Singapura untuk berbulan madu.

Saharul diminta mengulas tentang kenyataan Mia Ahmad yang mendakwa tidak dijemput ke majlis perkahwinannya berlangsung minggu lalu.

Mia menerusi kenyataannya di sebuah portal berita menafikan mempunyai masalah peribadi apabila tidak hadir ke majlis perkahwinan pelakon berkenaan.

Aktres itu menjelaskan, alasan kukuh dia tidak hadir kerana tidak mendapat sebarang jemputan daripada pihak pengantin seperti rakan-rakan artis lain.

Mia dan Saharul pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta selepas bergandingan dalam drama popular Hati Perempuan tahun lalu. Bagaimanapun, kedua-dua pihak menafikan perkara tersebut dan menganggap hubungan mereka sekadar sahabat baik.

Saharul selamat diijab kabulkan dengan wanita pilihannya Qaabila Deena Emir pada 16 September lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya.

Pasangan ini kemudian mengadakan dua majlis resepsi perkahwinan iaitu di Dewan Sri Siantan Putrajaya dan bersama peminat dan rakan artis di Hotel Blue Wave, Shah Alam.

Antara rakan artis yang turut hadir pada malis berkenaan ialah, Janna Nick, Sheila Rusly, Emma Maembong, Dayana Roza dan Mira Filzah.

 

Sumber: MStar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post