Sejuta unit Galaxy Note 7 yang dipanggil balik Samsung kerana kontroversi bateri meletup sama ada akan diganti atau duit dipulangkan

SAMSUNG Electronics Co Ltd yang secara rasminya telah memanggil sejuta unit Galaxy Note 7 dijual di Amerika Syarikat memutuskan untuk menggantikan dengan peranti baharu atau memulangkan kembali wang pelanggannya, lapor Reuters.

Sejuta unit Galaxy Note 7 yang dipanggil balik Samsung kerana kontroversi bateri meletup sama ada akan diganti atau duit dipulangkan

Sejuta unit Galaxy Note 7 yang dipanggil balik Samsung kerana kontroversi bateri meletup sama ada akan diganti atau duit dipulangkan

Samsung menerima 92 laporan berkenaan bateri menjadi panas melampau di AS termasuk 26 laporan terbakar dan 55 kes kerosakan.

Pakar melihat insiden penarikan balik itu menjejaskan reputasi Samsung dengan serius.

Pengguna juga dinasihatkan agar memadamkan peranti itu dan tidak menggunakannya serta segera memulangkan kembali kepada Samsung.

Pihak penerbangan AS juga telah mengarahkan syarikat penerbangan meminta penumpangnya menutup peranti itu ketika menaiki pesawat.

Menurut Samsung keputusan penarikan itu melibatkan kira-kira 2.5 juta peranti di seluruh dunia.

Penganalisis menganggarkan insiden itu melibatkan AS$5 bilion keuntungan Samsung tahun ini.

Sumber: Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post