Semua kaunter JPN Jabatan Pendaftaran Negara di seluruh negara dan cawangan JPN di Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan ditutup mulai 5 petang Khamis ini, bagi kerja penyelenggaraan Sistem Kerangka Utama jabatan itu.
Kaunter JPN tutup Khamis hingga Jumaat
Kaunter JPN tutup Khamis hingga Jumaat
JPN dalam kenyataan hari ini berkata, jabatan itu akan kembali beroperasi Sabtu ini.
Kerja penyelenggaraan Sistem Kerangka Utama JPN bermula 5 petang Khamis sehingga 11.59 malam Jumaat ini.
“Kerja penyelenggaraan itu bertujuan meningkatkan kualiti capaian terhadap sistem urus niaga utama JPN yang beroperasi hampir 24 jam setiap sehari,” kata JPN.
Berikutan itu, semua capaian dalam talian bagi Sistem Hos JPN akan mengalami gangguan dan urus niaga serta transaksi tidak dapat dijalankan termasuk sistem E-Services agensi luar seperti MyEG dan myIDENTITY sepanjang tempoh penyelenggaraan itu.
Sumber: Harian Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW