Suri rumah kecewa kereta yang dihadiahkan suami sempena ulang tahun perkahwinan rupanya kereta klon, lalu dirampas polis serta-merta

KERIANGAN seorang wanita yang menerima kereta baharu daripada suaminya sempena hadiah ulang tahun perkahwinan mereka terbantut apabila mengetahui bahawa kenderaan tersebut sebenarnya adalah klon.

Tambah menyedihkan, kereta model Honda Civic ES terpaksa dirampas oleh pihak berkuasa serta-merta setelah pemeriksaan yang dijalankan mengesahkan identiti haram kereta tersebut.

Suri rumah kecewa kereta yang dihadiahkan suami sempena ulang tahun perkahwinan rupanya kereta klon, lalu dirampas polis serta-merta

Suri rumah kecewa kereta yang dihadiahkan suami sempena ulang tahun perkahwinan rupanya kereta klon, lalu dirampas polis serta-merta

Menurut suri rumah yang berusia 40-an itu, dia menggunakan kereta itu sejak lima bulan lalu dan tidak tahu-menahu kereta itu adalah kenderaan lupus di Singapura,

Menurut jurucakap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), wanita itu ditahan anggota penguat kuasa ketika operasi Ops Khas semasa dalam perjalanan membawa pulang anaknya dari sekolah berdekatan di Seberang Perai, Pulau Pinang.

“Pemeriksaan mendapati kereta itu masih lagi mengekalkan ciri-ciri spesifikasi asal seperti kenderaan di Singapura menyebabkan ia ditahan.

“Susulan itu, kereta berkenaan disita untuk pemeriksaan lanjut selepas didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu, selain tidak dibenarkan digunakan di atas jalan raya di negara ini,” katanya kepada Harian Metro.

Hasil soal siasat, wanita itu turut mendakwa kereta itu dibeli suaminya untuk dihadiahkan sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post