Hadis di bahagian pinggul Patung United Buddy Bears dipamerkan di Pulau Pinang, mufti risau dianggap menghina Islam

Patung beruang yang tertera hadis keutamaan persaudaraan dalam Islam dibuang daripada pameran awam di sini untuk mengelak kekeliruan umat Islam.

Pameran di Padang Kota Lama, yang ingin menggalakkan toleransi, memuatkan hadis tersebut bersama beberapa kutipan bertemakan persaudaraan dalam agama-agama lain.

Hadis popular tentang ukhuwah Islam ditulis di belakang patung beruang dalam pameran bertema toleransi di Padang Kota Lama, George Town.

Hadis di bahagian pinggul Patung United Buddy Bears dipamerkan di Pulau Pinang, mufti risau dianggap menghina Islam

Hadis di bahagian pinggul Patung United Buddy Bears dipamerkan di Pulau Pinang, mufti risau dianggap menghina Islam

Mufti Pulau Pinang kesal dengan tindakan penganjur mempamerkan patung bersama hadis itu di bahagian pinggul yang boleh mengelirukan umat Islam dan mungkin dituduh menghina agama.

Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor berkata penganjur United Buddy Bears (UBB) sepatutnya lebih sensitif agar tidak disalah tafsir oleh orang ramai.

“Walaupun ia bukan ayat al-Quran, tetapi ia akan menjadi sensitif kepada mereka yang tidak tahu,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

“Mungkin bagi sesetengah orang, ia satu penghinaan kerana ia ditulis pada bahagian pinggul pula… bagi saya juga ia tidak elok kerana ia ditulis pada patung.”

 

 

Beliau menasihati penganjur agar merujuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang sebelum membuat pameran.

“Ini bagi mengelak pihak lain mengambil kesempatan ke atas isu agama dan salah faham timbul dalam kalangan masyarakat.,” katanya.

Gambar patung yang kontroversi itu menjadi viral di Facebook dan menimbulkan kemarahan orang ramai.

Patung beruang UBB berasal dari Berlin dan dipamerkan di sini sempena program The Art of Tolerance untuk menggalakkan keamanan dan perpaduan.

Sebanyak 140 patung beruang setinggi dua meter dipamerkan antara 27 Ogos hingga 31 Oktober ini.

Exco agama negeri Datuk Abdul Malik Abdul Kassim semalam dilaporkan telah mengarahkan UBB mengalihkan dua patung tersebut.

Pameran ini pernah diadakan di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dari Disember 2011 hingga Februari 2012.

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post