Kali ini, muncul idea tangkap gambar ala-ala ditemuramah wartawan. Walaupun kedengaran lucu, namun ianya turut menjadi ikutan dan trending di negara republik terbesar rantau Asia tenggara itu.
ALAHAI macam-macam. Dahulu, trend di Indonesia para remajanya mengambil gambar bertukar-tukar gaya dan pakaian bersama-sama pasangan masing-masing.
Pun begitu, mendapatkan gambar ala-ala ditemu ramah ini tidaklah semudah merakam selfie, kerana gaya ini memerlukan bantuan beberapa buah telefon bimbit dan rakan untuk berlakon sebagai wartawan.
Manakala, tuan empunya gambar pula akan ‘berposing’ ala-ala ahli politik atau artis yang enggan ditemu ramah.
Situasi ini dikatakan bagi menggambarkan kehidupan selebriti khususnya yang sering dikejar wartawan untuk mendapatkan scope berita paling hangat.
Apa pun, remaja masa kini benar-benar kreatif semata-mata mahukan ‘likes’ yang banyak di laman sosial.
Agak-agaknya, bila pula remaja Malaysia akan ‘dijangkiti’ gaya ini?
Sumber: MYNEWSHUB.CC
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW