Video pemandu Uber dimaki dan penumpang dipaksa turun, pemandu teksi dakwa Uber tak dibenarkan beroperasi di Sabah

DUA rakaman berasingan memaparkan pemandu Uber dimaki oleh beberapa pemandu teksi  yang didakwa merampas pelanggan mereka di Kota Kinabalu, Sabah menerima kecaman hebat netizen di media sosial.

Video pemandu Uber dimaki dan penumpang dipaksa turun, pemandu teksi dakwa Uber tak dibenarkan beroperasi di Sabah

Video pemandu Uber dimaki dan penumpang dipaksa turun, pemandu teksi dakwa Uber tak dibenarkan beroperasi di Sabah

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Miguelmutien Masterpiece, kedua pemandu berkenaan dimarah, dimaki hamun dan diberikan amaran agar tidak menjalankan perkhidmatan itu lagi di Sabah kerana menurut dakwaan kumpulan teksi itu, Uber tidak dibenarkan beroperasi di negeri tersebut.

 

 

Bukan sahaja pemandu Uber, malah penumpang turut jadi mangsa makian mereka serta diminta keluar dari kereta Uber terbabit.

Berdasarkan dialog pemandu teksi berkenaan, mereka tidak mendapat sebarang pelanggan dari waktu pagi semalam hingga ke malam kejadian dan mendakwa pelanggan mereka ‘dirampas’ oleh pemandu Uber.

Malangnya, video yang dimuat naik oleh pemandu teksi itu sendiri bagaimanapun dikecam netizen. Bagi netizen, tindakan sekumpulan pemandu teksi terbabit enggan menerima kenyataan bahawa kebanyakan pengguna kini memilih perkhidmatan Uber yang jauh lebih selesa dari teksi.

comment

“Pengguna punya duit, bukan driver teksi punya duit. Hak pengguna untuk memilih menggunakan perkhidmatan siapa,” komen Putra Along.

“Kalau teksi mmpunyai sistem yang sama seperti Uber, harga yg berpatutan mcm Uber, service yang bagus sampai ambil ke depan rumah, kemungkinan tak akan berlaku kes begini. Pengguna ada hak masing-masing untuk pilih the best for them. #noworrynowar ,” kata Marzain Matsun.

Selain itu, netizen yang berasal dari Sabah juga mendakwa kadar tambang perkhidmatan teksi semakin mahal dan tidak masuk akal.

“Kerana beberapa pemandu teksi perangai macam ni habis yang lain pun kena tempias. Ko mau teksi ko kena naik, ko pikir la rate kamu yang jauh lagi mahal. Apa hak suruh penumpang turun dari Uber?,” pertikai Alfin Nasir.

Persoalannya di sini ialah apakah pengguna di Malaysia tidak berhak memilih sendiri perkhidmatan yang disukai mereka? Salah penggunakah jika mereka menolak perkhidmatan teksi yang dirasakan tidak begitu memuaskan?

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post