Video penari balet bertudung dipukul dan disisih

Tarian balet bukan sesuatu yang asing tetapi bagaimana jika penarinya tampil bertudung, pakaian yang dilarang dalam seni ini?

Hijab dan balet dua dunia terasing namun dilema inilah yang cuba dicantumkan menerusi filem “Hijabsta Ballet” arahan Syed Zulkifli Syed Masir.

Video penari balet bertudung dipukul dan disisih

Video penari balet bertudung dipukul dan disisih

Popular dengan nama Syed Zul Tojo, beliau berkata dunia balet buat masa ini tidak membenarkan penarinya mengenakan tudung, selain ia bertentangan dengan amalan biasa tarian itu.

“Renang, gimnastik dan angkat berat boleh [berhijab] tetapi tidak pada balet kerana mustahil dua dunia ini dicantumkan,” katanya kepada ProjekMMO minggu lepas.

“Filem ini mengisahkan tentang perjuangan, cinta, keganasan, kepercayaan dan kemahuan seseorang yang ingin mencapai sesuatu yang mustahil tetapi boleh dicapai.”

Syed Zul Tojo mahu menonjolkan dilema tentang pemakaian tudung dalam seni tarian balet. — Foto oleh Saw Siow Feng

 

Syed Zul Tojo mahu menonjolkan dilema tentang pemakaian tudung dalam seni tarian balet. — Foto oleh Saw Siow FengSyed Zul, naib presiden Persatuan Sutradara Filem Malaysia (FDAM), ditemui dalam satu majlis mempromosikan filem itu, yang turut menjalankan penggambaran di Australia.

Hijabsta Ballet dibintangi Aida Khalida, Betty Banafe, Aman Graseka dan barisan pelakon muda.

Filem kajian pertama FDAM ini mengupas dilema teraju utamanya Puteh Maimun Zahra, yang membawa watak Adele, penari balet yang ingin bertudung.

Cabaran untuk menyatukan hijab dalam dunia balet membawa Adele ke Perth namun tentangan yang dihadapi lebih besar berbanding di negara sendiri.

 

 

Syed Zul berkata filem yang masih dalam proses suntingan itu bakal memberi penyelesaian dan cadangan bagaimana balet dan hijab dapat disatukan.

“Sebelum mula penggambaran selama 25 hari di Malaysia dan Australia, kami jumpa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia.

“Mereka kata jangan letak [perkataan] Islam di bawah balet. Apabila kami pergi jumpa institusi balet, mereka kata jangan matikan cita-cita tersebut.

“Alhamdulillah, kami menjumpai cara bagaimana menyatukan dua dunia ini dan filem ini cadangan kami kepada dunia,” katanya.

Barisan pelakon ‘Hijabsta Ballet’ ketika ditemui Malay Mail Online, 8 Sept 2016. — Foto oleh Saw Siow Feng

 

Barisan pelakon ‘Hijabsta Ballet’ ketika ditemui Malay Mail Online, 8 Sept 2016. — Foto oleh Saw Siow FengBercerita lanjut tentang Adele, Syed Zul berkata watak utama filem itu cuba menyerap pengaruh yang dibawa nenek dan ibunya yang masing-masing dilakonkan Aida dan Betty.

Semangat Adele untuk berhijab tetapi tetap setia dalam dunia balet membawa dirinya ke Australia selepas mendapat kecaman kumpulan pelampau, sehingga dipukul, di Malaysia.

“Diana ibu kepada Adele — lakonan Betty — ingin menghidupkan semula cita-cita menjadi penari balet menerusi anaknya.

“Bagaimanapun, neneknya Maimun — lakonan Aida — cuba menghantar mesej hijab kepada Adele dengan penuh kebijaksanaan dan keagamaan tetapi ditentang oleh Diana.

“Jadi Adele mencintai dua perkara, satu dari nenek dan satu dari ibunya,” katanya.

 

Pelakon baharu Puteh Maimun Zahra membawa watak Adele, seorang penari balet bertudung. — Foto oleh Saw Siow Feng

Pelakon baharu Puteh Maimun Zahra membawa watak Adele, seorang penari balet bertudung. — Foto oleh Saw Siow FengSyed Zul berkata hati Diana semakin remuk apabila keputusan Adele bertudung menjadi penghalang anaknya mendapat biasiswa melanjutkan pengajian ke Rusia.

Diana juga berharap pemergian Adele ke Australia mampu mengubah dirinya menjadi seorang penari balet tidak bertudung seperti sebelumnya.

“Maka berderailah cita-cita ibunya tetapi Diana tidak boleh menyuruh Adele menanggalkan tudung. Dia mahu Adele terus menari balet tetapi tidak boleh, kerana Adele berhijab.

“Apabila Adele dihantar ke Perth, ibunya berharap Adele akan mencintai semula balet dan kurang mencintai hijab kerana suasana di sana berbeza,” kata Syed Zul lagi.

“Itulah cabaran Adele yang dinyatakan kepada dunia. Aku ingin berhijab dan aku ingin berbalet. Dia seorang sahaja yang percaya, dua dunia yang tidak boleh bersatu ini boleh disatukan.”

Sumber: Malay Mail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post