95 peratus tulang rahang adik Syafi, penghidap kanser sudah reput

95 peratus tulang rahang adik Syafi, penghidap kanser sudah reput | Hampir 95 peratus tulang rahang kanak-kanak berusia tujuh tahun yang mengidap kanser ‘Infantile Fibrosarcoma’ reput.

Mohd Syahrizan Ibrahim, 39, bapa kepada Mohammad Syafi Mohd Syahrizan berkata, walaupun berkeadaan sedemikian, anaknya masih mampu menyedut susu yang disalur melalui lubang hidungnya.

95 peratus tulang rahang adik Syafi, penghidap kanser sudah reput

95 peratus tulang rahang adik Syafi, penghidap kanser sudah reput

“Saya akan tetap berusaha kerana yakin penyakit ini boleh diubati,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini sebelum menghantar Syafi ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan susulan.

Penyakit kanser dihidapi Syafi telah menjadi viral di media sosial hingga‎ mengundang reaksi pelbagai pihak termasuk Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman yang menyerahkan wang tunai RM100,000 menerusi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Jerteh, Datuk Muhammad Pehimi Yusoff sebagai sumbangan daripada kerajaan negeri baru-baru ini.

“Saya berterima kasih kepada semua. Bantuan yang diterima daripada orang ramai sudah lebih daripada mencukupi dan tidak tahu bagaimana hendak membalasnya. Saya juga masih belum menggunakan wang pemberian kerajaan negeri untuk Syafi kerana telah membeli dan menerima ubatan dan pemakanan secukupnya daripada pelbagai pihak,” katanya.

Katanya, apabila habis barulah beliau akan menggunakan peruntukan tersebut yang diamanahkan untuk Syafi. – Bernama

Sumber: Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post