Shiera terkejut kandungan anak kelimanya lebih besar daripada biasa

Pelakon Sharifah Shahirah atau mesra dengan panggilan Shiera tidak pernah menyangka kehamilan anak kelimanya membuatkan perut beliau kelihatan begitu besar.

Shiera, 42, yang kini hamil 38 minggu berkata, kandungan kali ini begitu berbeza sehinggakan berat badannya sudah pun mencecah 72 kilogram (kg).

Shiera terkejut kandungan anak kelimanya lebih besar daripada biasa

Shiera terkejut kandungan anak kelimanya lebih besar daripada biasa

“Apabila mengandung pada usia 40 tahun ke atas, memang proses kehamilan akan berbeza. Sebelum ini apabila hamil, berat saya akan meningkat sehingga 62kg saja. Tetapi, kali ini bertambah 10kg pula.

“Bayangkan, ketika kandungan berusia lima bulan, orang ingat saya sudah mahu bersalin. Badan saya tidak berisi pun, sebaliknya perut yang terlebih-lebih membesar,” katanya berseloroh kepada BH Online.

Shiera juga berkata beliau tidak mengambil sebarang tawaran lakonan kerana kerap letih apabila berbadan dua.

Katanya, beliau hanya menerima tawaran kerja yang tidak memerlukannya berada lama di sesuatu lokasi seperti rakaman radio atau pengacaraan majlis.

“Saya sudah tak larat hendak berjalan lama-lama kerana cepat berasa letih. Jadi, saya mengambil pendekatan untuk tidak berlakon sepanjang tempoh kehamilan ini.

“Apapun, sekarang saya sedang menunggu masa untuk bersalin pula. Harap-harap semuanya dipermudahkan Allah,” katanya.

Hasil perkahwinan bersama Ijoy, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Airell, 12, Airra, 9, dan Audrra, 7. Shiera juga pernah mengalami keguguran.

Shiera turut mempunyai seorang anak perempuan, Allisya, 18, hasil perkahwinan pertamanya bersama bekas suami, Jatt (Black Dog Bone).

Sumber: Bharian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post