Anggota kumpulan Brothers, Mohd Salleh meninggal dunia akibat serangan jantung, Al Fatihah

Anggota kumpulan Brothers, Mohd Salleh Mohamed Deril, 40, meninggal dunia kira-kira jam 3.20 petang ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat serangan jantung.

Semalam, artis nasyid terbabit dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan berkenaan akibat serangan jantung dan dilaporkan berada dalam keadaan koma.

Anggota kumpulan Brothers, Mohd Salleh meninggal dunia akibat serangan jantung, Al Fatihah

Anggota kumpulan Brothers, Mohd Salleh meninggal dunia akibat serangan jantung, Al Fatihah

Bapa kepada tiga anak itu meninggal dunia pada usia 40 tahun.

Menurut rakan seperjuangan, Hafiz Hamidun, jenazah dimandi dan dikafankan di pusat rawatan berkenaan.

“Jenazah kemudian akan disembahyang dan dikebumikan di Masjid Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjung Karang, malam ini,” kata penyanyi berkenaan.

Terdahulu, beberapa rakan artis berusaha meringankan beban Salleh, yang memerlukan rawatan rapi, sebaik saja mengetahui lelaki berkenaan dikejarkan ke PPUM.

Beberapa rakan seperjuangan lain pula bertindak memuat naik gambar keadaan Salleh di hospital dalam usaha mereka mendapatkan bantuan kewangan.

Salleh dikenali di arena seni apabila menyertai kumpulan nasyid kontemporari, Brothers, yang turut membariskan Syah, Yasin dan Faiz.

Ditubuhkan pada 1995, kumpulan itu antara lain popular dengan lagu Teman Sejati.

Sumber: Bharian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post