“Arwah seolah-olah tersenyum ketika saya tengok tadi” – Sepupu mangsa yang maut dalam tragedi kebakaran HSA

“Arwah seolah-olah tersenyum ketika saya tengok tadi” – Sepupu mangsa yang maut dalam tragedi kebakaran HSA | “Arwah memang seorang yang baik hati, dia seolah-olah tersenyum ketika saya tengok tadi.”

Demikian diceritakan oleh Noralina Khalil, 49, sepupu kepada Yusof Hassan, 58, yang maut dalam kebakaran di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini hari ini.

 

"Arwah seolah-olah tersenyum ketika saya tengok tadi" - Sepupu mangsa yang maut dalam tragedi kebakaran HSA

“Arwah seolah-olah tersenyum ketika saya tengok tadi” – Sepupu mangsa yang maut dalam tragedi kebakaran HSA

 

Menurut Noralina, arwah yang merupakan orang kurang upaya (OKU) dipindahkan hospital itu kelmarin setelah terjatuh di bilik air ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat kerana menghidap ketumbuhan otak.

“Dia telah dirujuk ke HSA sejak tiga hari lalu dalam keadaan tidak sedarkan diri. Doktor beritahu, dia perlu menjalani dua pembedahan kerana terdapat lebihan cecair dalam otaknya.

“Lebihan cecair tersebut perlu dibuang hari ini sebelum pembedahan sebenar untuk membuang tumor boleh dijalankan,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat HSA di sini hari ini.

Noralina berkata, sepupunya itu masih bujang dan tidak mempunyai adik beradik serta tinggal seorang diri Kampung Separap, Parit Sulong dekat Batu Pahat setelah kematian ibu bapanya.

Sumber: Utusan



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post