Ayda Jebat menang Anugerah Artis Paling Popular 2016

Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat menang anugerah Artis Paling Popular di malam kemuncak Anugerah Planet Muzik 2016 (APM 2016) yang berlangsung di The Theatre at Mediacorp di sini, malam ini.

Ayda Jebat menang Anugerah Artis Paling Popular 2016

Ayda Jebat menang Anugerah Artis Paling Popular 2016

Menerusi kategori itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Pencuri Hati itu menewaskan beberapa nama besar lain seperti Afgan, Taufik Batisah, Yuna, Hazama dan Aisyah Aziz.

Ayda, 24, ketika ditemui melahirkan rasa syukur selain berterima kasih atas sokongan padu yang diberikan peminat.

“Alhamdulillah semua ini adalah tanda sokongan peminat yang terus menyokong saya.

“Sebenarnya, apabila tercalon sudah membuatkan saya bangga. Kemenangan ini adalah satu rezeki pemberian Yang Maha Esa,” katanya.

Ayda ketika menerima anugerah itu dilihat kaku dan hilang kata-kata kerana tidak percaya dipilih sebagai pemenangnya. Sementara itu, penyanyi yang sedang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna pula menerima Anugerah Rentas Planet.

Sumber: Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post