Bapa lelong bayi sendiri berusia 40 hari dengan harga RM23,080

Seorang lelaki ditahan dan disiasat polis selepas dia cuba melelong bayinya yang berusia 40 hari di Internet dengan harga 5,000 euro (RM23,080).

Lelaki berusia 28 tahun itu yang juga seorang pendatang ditahan selepas mengiklankan penjualan anak perempuannya di laman web eBay baru-baru ini.

Bapa lelong bayi sendiri

Bapa lelong bayi sendiri

Bapa lelong bayi sendiri

Dia membuat iklan untuk melelong anaknya dengan harga permulaan 5,000 euro dengan keterangan: “Anak berusia 40 hari bernama Maria untuk dijual.”

Iklan itu lengkap dengan lima gambar Maria yang memakai beberapa baju tidur.

Selepas 30 minit, iklan itu dikeluarkan dari eBay dan lelaki berkenaan terus menyerah diri kepada polis.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post