Bayi tergelincir dari rahim ibu lalu terhempas ke lantai meninggal dunia

Insiden bayi meninggal dunia selepas terjatuh ke lantai apabila dikatakan tergelincir keluar dari rahim ibunya di hospital Muzzaffarpur di Bihar, mencetuskan kemarahan orang ramai.

Bayi maut selepas tergelincir keluar dari rahim ibu

Bayi maut selepas tergelincir keluar dari rahim ibu

Insiden pada Jumaat terjadi apabila seorang wanita hamil dikatakan dipaksa berjalan dari wad ke bilik bersalin selepas berasa sakit.

Pesakit berkenaan, dikenali sebagai Puja Devi.

Keluarga pesakit berkata, Puja Devi, diiringi dua jururawat berjalan dari wad ke bilik bersalin apabila bayinya tiba-tiba tergelincir keluar dari rahim dan mengalami kecederaan serius di kepala.

Bayi itu meninggal dunia tidak lama kemudian.

“Pentadbiran hospital bertanggungjawab sepenuhnya di atas kejadian itu. Isteri saya diarah berjalan ke bilik bersalin, bukan dibawa dengan pengusung walaupun sudah berasa sakit hendak bersalin,” kata suaminya, Naresh Sah.

Jururawat juga didakwa menyelar pesakit dalam bilik bersalin ketika beliau menangis selepas kehilangan bayinya, dengan Sah mendakwa mereka bertanya kepada isterinya: “Mengapa masih mahu anak ketiga walaupun sudah ada dua anak?”

Pentadbir tempatan mengarahkan siasatan dibuat berhubung perkara itu.

“Kejadian ini amat serius. Kami mengarahkan siasatan dibuat. Berdasarkan laporan siasatan, tindakan akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab,” kata majistret Muzaffarpur, Dharmendra Singh. – Agensi

 

Sumber: BH Online



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post