Dipercayai kira-kira 30 orang termasuk kanak-kanak cedera selepas belon berisi gas meletup dalam kejadian di Dataran Batu Buruk, 11.30 pagi tadi.
Mereka itu dipercayai peserta ‘Walk For The Blind’ yang diadakan sempena Hari Penglihatan Sedunia Peringkat Negeri.
Kejadian itu dipercayai berlaku apabila penganjur program cuba membuka ikatan belon yang terbelit untuk diagihkan kepada peserta itu.
Penganjur dikatakan menyalakan mancis untuk membuka ikatan sebelum ia menyambar belon berisi gas sebelum meletup.
Kebanyakan mangsa mengalami cedera di muka, kepala dan tangan.
Sumber: Harian Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Tags:
tbKOR