Isu sukaneka susukan suami, Mufti jelaskan tidak bertentangan dengan Islam

Tindakan menyuap suami dengan susu botol tidak bertentangan dengan Islam namun boleh menjatuhkan imej pasangan itu sendiri.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, aktiviti menyuap suami dengan botol susu konon mahu mencipta kasih sayang sebenarnya dilihat sebagai terlalu kebudak-budakkan.

Isu sukaneka susukan suami

Isu sukaneka susukan suami, Mufti jelaskan tidak bertentangan dengan Islam

Menurutnya, umat Islam diajar untuk mencipta keharmonian keluarga melalui pergaulan komunikasi secara terbaik.

Baca artikel sebelum: Video sukaneka isteri susukan suami dikecam netizen

“Harap suami isteri meluahkan rasa kasih sayang sebagaimana yang dianjurkan Islam antaranya mandi bersama, suap-menyuap makanan dan bergurau senda.

“Biarpun isteri menjirus air pada suami, ia tidak termasuk dalam sikap kebudak-budakkan kerana ada batas-batas yang perlu dipatuhi, antaranya menutup aurat dan tidak mendedahkan keintiman pada khalayak awam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas memimpin Solat Hajat, bacaan Yaasin dan Majlis Tahlil di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra Rantau Panjang bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, semalam.

Semalam, viral satu video memaparkan aksi pasangan suami isteri menyertai satu acara sukaneka, dipercayai diadakan di negeri ini yang memaparkan si suami meminum susu dari botol sambil diriba pasangan masing-masing. Video berkenaan mendapat perhatian netizen yang memberikan pelbagai reaksi.

 

Sumber: Sinar Harian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post