Belum habis kira lagi, penipuan rasuah terbesar di Malaysia

Wang hasil rasuah yang viral di aplikasi Whatsapp dan Facebook hari ini belum habis dikira dan hasil pengiraan sehingga 1 tengah hari tadi, jumlahnya RM 10 juta.

Belum habis kira lagi, penipuan rasuah terbesar di Malaysia

Belum habis kira lagi, penipuan rasuah terbesar di Malaysia

Belum habis kira lagi, penipuan rasuah terbesar di Malaysia

Sumber berkata, wang rampasan hasil rasuah dipercayai milik salah seorang lelaki yang bertugas di jabatan kerajaan di Sabah itu belum habis dikira oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana jumlahnya dikatakan RM50 juta.

Wang itu dirampas oleh SPRM dalam satu operasi semalam.

Berdasarkan sumber, penemuan wang itu adalah yang terbesar berkaitan kes rasuah.

Kelmarin, pengarah sebuah jabatan kerajaan di Sabah dan timbalannya, disyaki mengumpul kekayaan lebih RM50 juta sejak enam tahun lalu, menerusi penyelewengan projek secara agihan kepada sanak saudara mereka.

Mereka disyaki menyalahgunakan kuasa dalam agihan projek pembangunan infrastruktur dikendalikan jabatan mereka, bernilai lebih RM3.3 bilion yang disalurkan Kerajaan Persekutuan sejak enam tahun lalu.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post