Dituduh pecah amanah dan makan duit anak mangsa nahas Duke, Facebook Faizz Nur dan isterinya diserang netizen | Masihkah anda ingat lagi tentang kes viral nahas Duke yang mengorbakan tiga nyawa sekitar May tahun lepas? Mangsa yang meninggal dunia adalah pasangan suami isteri dan anak bongsu mereka, meninggalkan dua lagi anak sebagai yatim piatu. Kemalangan terjadi ekoran beberapa buah kereta Myvi yang berlumba di atas jalan, lalu mengakibatkan impak nahas yang dahsyat ke atas mangsa.
Baca di sini:
Masyarakat seluruh Malaysia ketika itu sangat tersentuh dengan kes ini, termasuk juga artis yang datang melawat adik beradik yatim piatu ini. Keluarga dan saudara mara ketika itu juga berjanji akan menjaga dua beradik itu dengan baik.
Janji adik bongsu dan tunangnya (kini sudah bergelar isteri) ketika itu:-
Namun sejak semalam, kes ini mula diperkatakan kembali apabila kakak sulung si ayah yang meninggal telah membuat sidang media mengatakan adik bongsunya pecah amanah dan tidak menyerahkan wang sumbangan orang ramai kepada dua beradik itu.
Baca di sini: Adik bongsu mangsa nahas Duke didakwa pecah amanah, keluarga arwah Nova Safitri menipu untuk tuntut insurans RM50,000
Sejak tersebarnya dakwaan adik bongsu mangsa, Faizz Nur telah pecah amanah, Facebooknya dan isteri telah diserang netizen. Ramai yang menunjukkan rasa berang mereka terhadap apa yang dilakukan Faizz dan isterinya dan menegaskan tidak akan menghalalkan wang yang mereka derma.
Beg berjenama Celine yang menjadi persoalan orang ramai kerana harganya yang mencecah RM16,000. Dari mana mereka dapat duit?
Ada yang menyokong..
Majlis perkahwinan mewah yang menimbulkan persoalan..
Sementara itu, di laman FB isteri Faizz Nur, Myraa Kasim netizen mula mempersoalkan tentang harga beg yang dipakainya.
Mari kita nantikan penjelasan dari pihak Faizz Nur dan isterinya pula.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW