Sah Mia Ahmad dan Izham Tarmizi bakal berkahwin

Pelakon Mia Ahmad akhirnya mengesahkan penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Mohd Izham Tarmizi Roslan, 25, ialah cinta hatinya dan sudah memikirkan hasrat berumah tangga.

Mia Ahmad dan Izham Tarmizi (JDT) Bakal Kahwin

Mia Ahmad dan Izham Tarmizi (JDT) Bakal Kahwin

Mia atau Shamiha Ahmad Baderi, 28, berkata, buat masa ini masih belum ada tarikh bagi tujuan berkenaan.

“Alhamdulillah kami sudah berkenalan selama setahun dan jujurnya saya selesa bersama Izham.

“Insya-Allah jika ada jodoh kami akan berkahwin tetapi bukan dalam waktu terdekat memandangkan jadual Izham yang padat,” katanya kepada mStar Online.

Mia ditemui pada majlis memperkenalkan hos Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Mia berkata, hubungan tersebut mendapat restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

Mia yang pernah popular menerusi drama bersiri Hati Perempuan sebelum ini dikaitkan dengan penjaga gol JDT itu selepas tersebar gambar sambutan hari jadinya yang dianjurkan oleh Izham di sebuah kafe.

 

Sumber: MStar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post