Elly Mazlein ucap terima kasih Faye Kusairi kerana mengaku bercinta dengan bekas suaminya

Penyanyi Elly Mazlein mendoakan kebahagiaan bekas suaminya Azmi Hatta dengan pelakon Faye Kusairi selepas wanita itu mengesahkan mengenai hubungan mereka.

Elly Mazlein ucap terima kasih Faye Kusairi kerana mengaku bercinta

Elly Mazlein ucap terima kasih Faye Kusairi kerana mengaku bercinta

Elly Mazlein ucap terima kasih Faye Kusairi kerana mengaku bercinta

Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina, 36, berkata, dia gembira dan berterima kasih kepada aktres tersebut kerana akhirnya mengakui hubungan berkenaan.

Baca artikel sebelum: Akhirnya Faye Kusyairi mengaku bercinta dengan bekas suami Elly Mazlein

“Apa-apa pun saya terhutang budi dengan Faye, terima kasih banyak-banyak… minta dia jaga Azmi baik-baik tau. Sebagai hadiah saya mendoakan kebahagaian mereka hingga ke jinjang pelamin,” katanya kepada mStar Online menyindir pelakon wanita itu.

Elly mengulas pendedahan Faye Kusairi kepada mStar Online pada Khamis yang mengaku mempunyai hubungan cinta dengan bekas suaminya Azmi Hatta.

Dalam pada itu ditanya apakah maksud yang ingin disampaikan Elly, pelakon ini berkata, orang yang membacanya akan faham tentang mesej yang ingin disampaikan itu.

“Biarlah siapa-siapa yang baca itu faham sendiri, kita tunggu sahaja apa lagi drama yang akan berlaku selepas ini. Alhamdulillah kebenaran akan terbukti sedikit demi sedikit,” ujarnya.

Terdahulu, Faye dalam kenyataan di mStar Online  mengaku mempunyai hubungan istimewa dengan pengarah berkenaan sejak Disember lalu selepas pemuda berkenaan bercerai dengan Elly.

Dia bagaimanapun, menafikan menjadi punca perpisahan pasangan berkenaan.

Sementara itu, sejak seminggu lalu, Elly sering memuat naik foto yang berbaur sindiran dengan beberapa hashtag tertentu sehingga menimbulkan tanda tanya banyak pihak.

Antara hashtag yang ditulis Elly di laman Instagramnya adalah #BapaTakMelawatAnak, #BapaLepasTangan, #BapaKuOrangBujang, #KekasihBapaJealousTakBagiMelawatAnak, #KekasihkuDiperkatakanOrang dan #KekasihkuKononnyaDiFitnah.

Antara foto yang dimuat naik Elly berbaur sindiran.

Antara foto yang dimuat naik Elly berbaur sindiran.

Sindiran-sindiran berkenaan juga, dilihat seperti ditujukan kepada aktres berkenaan apabila terdapat nama Faye Kusairi pada foto terbabit.

Elly bagaimanapun, enggan mengulas dan menganggap apa yang dimuat naik hanya satu kenyataan di laman sosial.

Azmi dan Elly bercerai pada 15 Oktober 2015 di Mahkamah Rendah Syariah Sepang iaitu kira-kira 11 bulan berumah tangga.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan pada 9 Mac lalu.

 

Sumber: MStar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post