Foto ‘Hodoh’ Peserta GV3 Tersebar, Dikritik Netizen. Undang Kecewa Kesemua Peserta GV3. Ini Respon Mereka.



BELUM pun bermula saingan program Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) yang bakal disiarkan bermula Ahad ini, sudah ada kontroversi yang melanda penerbitan rancangan tersebut.

Semuanya gara-gara tersebar gambar peserta GV3 yang belum diedit di laman sosial sekali gus dikritik netizen yang berasakan ia sesuatu hasil yang sangat ‘sedih dan menjelikkan’ sehinggakan merosakkan imej penyanyi-penyanyi berbakat tersebut.

Sebagai contoh, gambar penyanyi Zur Eda yang menerima kritikan negatif daripada netizen selepas melihat perbandingan foto sebelum dan selepas diedit miliknya.
Netizen juga dilihat mempersoakan pihak Astro yang didakwa tidak mempunyai bajet yang mencukupi untuk mengupah jurusolek dan jurugambar yang boleh memberikan hasil terbaik dan wow sejajar dengan taraf program tersebut yang kini menjadi sebutan ramai sejak musim lalu.

Selain Zur Eda, antara barisan peserta yang terlibat dalam GV3 ialah Siti Sarah, Nora, Elly Mazlein, Intan Sarafina, Azharina, Rem, Ameng, Razis Ismail, Zarul Umbrella, Gmie Screen, dan Shidee Data.
GV3 masih mengekalkan hos, Jihan Muse dan Nabil Ahmad serta juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim. – MYNEWSHUB.CC


lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post