PTPTN: Peminjam Tidak Boleh Beli Kereta & Rumah.???

Peminjam yang gagal membayar balik pinjaman secara konsisten bakal berdepan tindakan tegas.



Peminjam yang gagal untuk membuat bayaran balik pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini berdepan dengan kesukaran mendapatkan pinjaman bank untuk membeli kenderaan atau hartanah.

Ini kerana nama mereka akan dimasukkan ke dalam pangkalan data berkomputer CCRIS untuk disenaraihitamkan.

Malah, langkah itu turut dilakukan kepada peminjam yang tidak konsisten dalam membuat pembayaran semula.

Perkara itu disahkan oleh oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN (Dasar dan Operasi) Mastura Mohd Khalid apabila memberitahu, langkah itu diambil ekoran kadar pembayaran semula pinjaman yang diterima PTPTN amat rendah pada Februari.




lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post