Gitaris BPR Yemm C meninggal dunia

Bekas gitaris kumpulan rock popular 1980-an Bumiputera Rockers (BPR) Yemm C atau nama sebenarnya Ibrahim Musa, 54, meninggal dunia akibat barah tulang di kediamannya di Sungai Rambai, 8.30 malam semalam.

Yemm C meninggal dunia

Yemm C meninggal dunia

Yemm C meninggal dunia

Jenazah beliau, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tambak Merah, Sungai Rambai, 10.30 pagi tadi.

Ibrahim, yang menderita barah tulang sejak empat tahun lalu, menyewa di kediaman terbabit bersama isteri Sabrina Maria Abdullah, 46, dan empat anak mereka berusia 14 hingga 19 tahun.

Rakan artis Blank Gamma atau nama sebenar Rosli Mohd Sharif, menyifatkan pemergian arwah sebagai sebagai kehilangan besar buat industri hiburan tanah air.

“Kami mengenali arwah sebagai seorang yang cukup baik, lemah lembut dan mempunyai bakat besar dalam muzik.

“Saya sendiri pernah bekerjasama dengan arwah, namun dia terpaksa menghadkan pembabitan dalam muzik selepas disahkan menghidap kanser tulang,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post