Intan Novita, gadis cantik mirip artis Indonesia melecur disimbah Asid

KISAH malang yang menimpa seorang gadis cantik, Intan Novita, kini heboh diperkatakan di negara seberang, Indonesia.

Intan, 22, yang dikatakan mirip wajah penyanyi negara itu, Aura Kasih berhadapan dengan detik paling mengerikan apabila wajahnya disimbah dengan asid oleh dua lelaki tidak dikenali, pada Rabu malam lalu.

Intan Novita

Intan Novita

Intan Novita

Kejadian yang berlaku di wilayah Ciwastra, Kecamatan Buah Batu, Bandung, wilayah Jawa Barat itu mengakibatkan mangsa melecur pada wajah dan sebahagian badannya.

Rakan mangsa, Ryan, berkata, Intan disimbah asid oleh dua lelaki yang menaiki motosikal ketika perjalanan pulang ke rumahnya kira-kira pukul 8.30 malam waktu tempatan.

“Menurut keterangan Intan, semasa di persimpangan jalan, dua lelaki menaiki motor memberi tanda signal ke kanan. Jadi dia menghentikan kereta kerana ingin beri laluan untuk lelaki itu.” jelasnya kepada Detik News.

Bagaimanapun, tiba-tiba mereka menghampiri keretanya sebelum menyimbah asid tersebut kepada mangsa. Ketika itu, tingkap kereta mangsa sudah terbuka separuh.

“Pelaku langsung menyiramkan asid dari botol ke arahnya, kemudian cabut lagi,” kata Ryan.

Sementara itu, Ryan memberitahu dia dan keluarga Intan tidak tahu apakah motif suspek dan menyerahkan segalanya kepada pihak polis.

Keluarga Intan juga menafikan anaknya mempunyai musuh atau bermasalah dengan orang lain.

Mangsa kini masih lagi dirawat di hospital Hasan Sadikin.

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post