SAYA terpanggil nak menulis sejak memerhati fenomena Nasi Lemak Anak Dara menjadi ‘viral’ satu Malaysia baru-baru ni. Rezeki Siti Hajjar Ahmad serta rupa dan bakat yang ada, orangnya pun bukan calang-calang educated kan.
Saya pun ada seorang kawan jual nasi lemak dengan nama Siti Sabirah. Saya panggil Cik Ah je. Dia jual nasi lemak kat market dan kat Pekan kodiang, Kedah. Muda lagi baru 24 tahun.
Dia ni anak yatim piatu dan kehidupan mereka sekeluarga serba daif, ayah meninggal masa mak dia mengandungkan dia dalam perut. Kiranya masa dia lahir tak sempat la merasa kasih seorang ayah.
Mak dia pula meninggal masa dia umur 18 tahun, sakit kencing manis. Cik Ah ni anak bongsu dari tiga beradik. Kakak sulung dah kahwin tinggal asing. Kakak sulung meniaga sayur kat market.
Kakak nombor dua baru bekerja sebagai jururawat kat Selangor selepas dekat 5 tahun jugak kerja ‘lari bidang’. Kerja sales girl, KFC, pam minyak dan bermacam jenis kerja.
Gerai nasi lemak ni arwah mak dia usahakan sejak tahun 1990-an lagi. Masa kecil-kecil dulu cik Ah dan kakak-kakak dia ni la banyak menolong urus gerai nasi lemak. Masak, tolak kereta sorong, urus gerai, dan macam-macam lagi.
Sampailah sekarang rutin yang sama berulang selepas Cik Ah mewarisi perniagaan nasi lemak ni selepas arwah mak dijemput Ilahi tahun 2010. Ceritanya dari A sampai Z lah dia buat seorang diri.
Masak sorang-sorang, pacak payung yang besar gedabak tu pun sorang-sorang. Tolak kereta sorong yang berat tu sorang-sorang tak kira hujan panas. Saya sendiri pernah tolong dia tolak kereta sorong.
Memang sangat-sangat berat dengan lalu depan traffic light pekan lagi. Orang kiri kanan tengok. Soal malu tu tak payah la cakap. Memang tebal muka, tapi Cik Ah ni orang berjiwa kental. Dia tak malu buat kerja-kerja macam ni.
Memang saya tabik dia. Masya Allah, baru 24 tahun tapi dah galas tanggungjawab yang sangat berat. Bayangkan buat kerja semua seorang diri… yang sepatutnya orang lelaki buat.
Masa sekolah dulu dia boleh dikatakan pelajar pandai. Aktif sukan masa sekolah. Selalu dapat pingat dalam acara sukan. Tapi malangnya dia tak berpeluang sambung belajar lepas SPM sebab kekangan kewangan.
Sebab masa tu tahun 2010 arwah mak dia tenat sakit kencing manis. Kakak nombor dua pulak masih belajar kat universiti swasta. Memang memerlukan perbelanjaan tinggi sepanjang pengajian.
Jadi dia berkorban dan dahulukan kakak dia habiskan study dulu. Begitulah kisah Cik Ah. Kita boleh jadikan kisah ini sebagai contoh. Walaupun dia tak berpelajaran tinggi, dia mampu berdikari dengan bakat yang ada.
Kekuatan kudrat yang Allah anugerahkan untuk dia meneruskan kehidupan ini. Kalau netizen boleh viralkan Nasi Lemak Anak Dara… tapi kenapa tidak viralkan nasi lemak gadis dari Kodiang ni?
Atas dasar kemanusiaan, jom sama2 kita menambah pahala kita dengan share dan viralkan perniagaan usahawan muda ini. Semoga perniagaan beliau semakin dikenali orang ramai dan makin dimurahkan rezeki. Amin.
#spreadthehumanity
#cikahnasibajet
Penulis: http://ift.tt/2f3HCSX.
Sumber: www.facebook.com/
Sumber: Mynewshub.cc
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW