Jelmaan bunian ketika pencarian polis hilang di Gunung Lambak palsu, rupanya model pengantin

Dakwaan kononnya terdapat imej jelmaan bunian yang mempunyai kaitan dengan misi mencari anggota polis yang hilang di Gunung Lambak, Kluang, sejak Rabu lalu adalah palsu.

Jelmaan bunian palsu!

Jelmaan bunian palsu!

Jelmaan bunian palsu!

Sebaliknya, imej terbabit dirakam oleh jurutera yang melintasi beberapa individu sedang menjalankan sesi pengambaran bersama model wanita berpakaian pengantin di hutan berlumut (mossy forest), Gunung Irau, Cameron Highlands.

Jurutera terbabit yang mahu dikenali sebagai Hafizi, 27, berkata, gambar itu diambil ketika di mendaki di kawasan itu kira-kira 10 pagi, 15 September lalu.

“Saya kemudian memuat naik gambar itu pada 17 September dan entah bagaimana gambar itu dimanipulasi mengatakan ia adalah jelmaan bunian.

“Malah saya kecewa apabila isu gambar itu diperbesarkan oleh sesetengah pihak dengan insiden kehilangan seorang anggota polis di Kluang,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Imej yang menampakkan seorang wanita berpakaian pengantin itu menjadi viral susulan kehilangan Lans Koperal Norhisyam Abdullah, 30, di Gunung Lambak, Kluang, Rabu lalu.

Imej terbabit dikatakan dirakam ketika misi mencari dan menyelamat dijalankan anggota keselamatan.

Anggota polis itu bagaimanapun ditemui selamat oleh orang awam, 6.30 pagi semalam.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post