Johor mahu patenkan asam pedas dan laksa Johor

Kerajaan negeri Johor akan mewartakan dua hidangan istimewa iaitu asam pedas dan laksa Johor yang berasal daripada Johor sebagai hidangan warisan negeri tersebut.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, kerajaan negeri telah bersetuju untuk mewartakan dua hidangan ini.

Johor mahu patenkan asam pedas dan laksa Johor

Johor mahu patenkan asam pedas dan laksa Johor

Tambah beliau lagi, mewartakan asam pedas adalah seperti mempatenkan kuah asam pedas itu kerana setiap negeri mempunyai versi asam pedas tersendiri.

“Asam pedas Johor berbeza dengan asam pedas Melaka tetapi umum mengetahui perbezaan bahan yang digunakan dalam masakan,” ucap beliau seperti yang dilaporkan dalam The Star.

Perbezaan laksa Johor dengan laksa daripada negeri lain adalah, hanya laksa Johor yang dimakan bersama spaghetti berbanding mee laksa seperti versi laksa negeri lain.

Beliau turut mempercayai asal usul laksa Johor muncul selepas Almarhum Sultan Abu Bakar melawat Itali dan memperkenalkannya kepada kerabat kesultanan Johor.

Rasa keaslian laksa Johor yang unik itu akan berlainan sekiranya diganti dengan mee kuning atau jenis mee yang lain.

Selain daripada asam pedas dan laksa Johor, warisan budaya seperti tarian tradisional Zapin yang berasal daripada Timur Tengah dan baju melayu Teluk Belanga juga akan diwartakan sebagai warisan negeri Johor.

Sumber: Vitdaily



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post