Kejadian kereta api tergelincir yang terburuk dalam sejarah 130 tahun, umpama serangan garuda

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyifatkan insiden kereta api tergelincir tempoh hari disifatkan paling teruk dalam sejarah 130 tahun perkhidmatan kereta api di negara ini.

kereta api tergelincir yang terburuk dalam sejarah 130 tahun

kereta api tergelincir yang terburuk dalam sejarah 130 tahun

Pengerusinya, Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata, walaupun sebelum ini pernah berlaku insiden kegelinciran namun kejadian awa pagi Jumaat lalu adalah terburuk.

“Jika berlaku pun gerabak hanya terbalik tetapi kali ini tergelincir dan berlanggar antara satu sama lain umpama serangan garuda sebab semua rosak dengan dahsyat.

“Mungkin disebabkan gerabak itu kosong dan tiada muatan menyebabkan ia mudah berlanggar satu sama lain, kalau ada muatan ia lebih kukuh kerana setiap satu gerabak tanpa muatan adalah 12 tan manakala jika ada muatan ia seberat 45 tan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di lokasi kejadian di Kampung Bakap berdekatan Stesen KTMB Batu Gajah di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Nawawi berkata ekoran kejadian itu dianggarkan kos kerugian yang terlibat mencecah puluhan juta ringgit.

“Satu lokomotif berharga RM12 juta, dalam kejadian itu dua lokomotif terbakar sementara harga satu gerabak adalah RM400,000 dan yang rosak akibat kejadian semalam adalah 25 gerabak,” katanya.

Mengulas lanjut, Nawawi menambah, Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) laluan Utara Selatan dijangka akan mula beroperasi seawal 5 pagi esok.

“Penumpang dijangka tidak lagi perlu menaiki bas transit di stesen Ipoh dan Kampar pada jadual perjalanan pertama esok.

“Kerja mengalih sedang giat dilakukan menggunakan sebuah kren yang mampu mengangkat bebanan 360 tan dan mengambil masa 20 minit untuk alihkan satu gerabak,” katanya lagi.

 

Sumber: Sinar Harian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post