Jutawan berlian India, Savji Dholakia, 54, menghadiahkan 1,200 kereta dan 400 pangsapuri bernilai RM32 juta kepada 1,700 pekerja cemerlang sempena sambutan Diwali hari ini.
Dholakia memberitahu CNNMoney, mereka adalah sebahagian daripada 5,500 kakitangan syarikat Hari Krishna Exports, yang dipilih kerana menunjukkan prestasi kerja mengagumkan dari segi kesetiaan dan kemahiran sejak tahun lalu.
Dua tahun lalu, beliau menghadiahkan 200 pangsapuri, 400 kereta dan 500 set barang kemas yang mahal kepada 1,200 pekerja.
Menurut Dholakia, 20 tahun lalu, beliau menghadiahkan kereta kepada tiga kakitangan terbaik syarikatnya dan sejak itu beliau melaksanakan pelbagai program insentif.
“Eksport syarikat bernilai AS$700 juta (RM2.9 bilion) ke 70 negara, tetapi tiada yang lebih berharga berbanding pekerja kami,” kata Dholakia. – Agensi
Sumber: BH Online
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW