Menurut sumber, RM29 juta daripada wang itu adalah milik timbalan pengarah manakala RM1 juta dimiliki oleh pengarah berkenaan.

Sumber tersebut berkata, penilaian terhadap kesemua 127 geran tanah yang dirampas daripada timbalan pengarah itu oleh Jabatan Tanah dan Ukur pada hari ini pula mendapati nilai keseluruhannya adalah RM30 juta.

“Setakat ini SPRM telah merakam percakapan 40 individu berhubung kes tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jumlah RM60 juta nilai terbaharu aset itu menjadikan nilai keseluruhan aset termasuk wang tunai yang dirampas daripada kedua-dua suspek setakat ini adalah RM174.5 juta.

Sumber: UTUSAN ONLINE