Hubungan cinta antara pasangan pelakon, Zul Ariffin dan Zahirah McWilson jarang digembar-gemburkan. Orang kata, senyap sunyi sahaja hubungan mereka tanpa meriah publisiti, walaupun memang banyak bukti ke arah mengatakan mereka ini memang bercinta. Termasuklah Zul sanggup terbang ke Perth untuk berhari raya dengan kekasih jelitanya itu. Hmmm, tak bercinta lagi ke kalau begitu, kan?
Zul Ariffin dan Zahirah McWilson putus cinta angkara orang ketiga?
Tup-tup Poklip dengar, dari satu sumber, mereka dikhabarkan sudah pun memutuskan perhubungan tersebut. Sob! Sob! Sob! Baru hendak berkembang, sudah terkulai layu ya, sungguh kasihan. Cuma rasanya ramai yang tidak tahu tentang keadaan putus cinta ini, mereka bukan jenis yang canang satu kampung.
Dengar cerita, punca perpisahan itu juga adalah kerana orang ketiga. Fuh! Panas sungguh kisahnya apabila Zul dikatakan bermain kayu tiga dengan seorang pelakon wanita bertudung. Poklip pun buatlah kajian sikit. Tanya situ sini. Selidik punya selidik, sumber tersebut menyebut nama pelakon seorang pelakon asal Singapura, sebagai wanita yang merampas cinta Zahirah.
Poklip tidak berani hendak mengiyakan khabar angin tersebut, sebab macam rumit sungguh kisah cinta mereka ini. Mana tidaknya, Zul dikatakan sudah lama bercinta dengan pelakon itu walaupun sebelum ini dia pernah menafikan gosip tersebut.
Ketika itu pelakon Rindu Awak 200% itu masih bersama dengan bekas kekasihnya, Gayatri Su-Lin Pillai. Namun, kedua-dua pelakon ini menafikan mereka bercinta dan masing-masing selepas itu tidak lagi dikaitkan.
Poklip tidak tahu mana satu yang betul. Disebabkan hubungan rahsia yang sudah lama terjalin di antara Zul dan pelakon wanita itu, Zahirah dikatakan membawa diri dan mengambil keputusan untuk putuskan saja hubungan tersebut.
Cuma, rasa-rasanya kawan Poklip pernah menemubual pelakon cantik itu sempena edisi Aidilfitri dan ketika itu, Zahirah mengakui Zul masih lagi teman lelakinya. Sebab itulah pelakon Zul ada melawat keluarga Zahirah di Perth.
Harapnya cerita ini hanyalah khabar angin yang sengaja diungkit dan digembar-gemburkan. Sebab, Poklip suka tengok pasangan ini. Orang kata tak mengada-ngada sangat. Cool saja.
Bukan apa, kadang-kadang ada segelintir selebriti yang bila bercinta sakan betul, kalau boleh satu dunia hendak dikhabarkan tentang kebahagiaan mereka. Tapi tup-tup putus, kalau bukan jodoh hendak buat macam mana kan.
SOLOK LADA: Hairan juga apabila dalam zaman sekarang pun, masih ada artis yang hendak berdolak-dalik apabila bercakap soal perkahwinan. Kenapa eh?
Sumber: Utusan Online
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW