Kes tipu gelaran akademik: Kerajaan perlu susun semula undang-undang agar pelaku boleh dihukum

Kes salah guna gelaran akademik perlu dicegah sebaik mungkin kerana pelbagai perkara negatif boleh berlaku jika pelaku menggunakan gelaran profesional tersebut bagi menyokong kegiatan tertentu seperti dalam bidang perubatan dan kejuruteraan.

Kes tipu gelaran akademik

Kes tipu gelaran akademik: Kerajaan perlu susun semula undang-undang agar pelaku boleh dihukum – Sumber gambar dari timorexpress.fajar.co.id

Permasalahan itu perlu dibendung bagi mengelakkan trend jenayah sedemikian terus menular tanpa kawalan yang seterusnya boleh merosakkan sesebuah institusi atau kepercayaan daripada orang awam.

Profesor Kanan Pusat Pengajian Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Dr. Abdul Rashid Mohamed berkata, undang-undang sedia ada hari ini terhadap perkara berkenaan mungkin ‘terlalu ketat’ sehingga pihak pendakwaan sukar untuk memenangi kes sedemikian.

“Kerajaan dan Kementerian Pendidikan Tinggi perlu menyusun semula undang-undang bagi menyekat pemalsuan gelaran daripada terus berlaku agar pihak berkuasa boleh mengenakan tindakan undang-undang serta membuat pendakwaan berdasarkan bukti yang diperoleh.

“Undang-undang sedia ada perlu dikaji semula untuk menggubal syarat tertentu agar maksud menghalang penggunaan tidak wajar sama ada ke atas lambang atau nama bagi tujuan profesional dan komersial dapat dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, individu yang menggunakan gelaran palsu tersebut mungkin berasa selamat kerana menyedari kes yang melibatkan pensijilan daripada institusi luar negara mempunyai kesukaran untuk dikenakan dakwaan.

“Hal ini demikian kerana proses untuk mendedahkan perakuan tersebut dari luar negara akan memakan masa yang lama serta melibatkan kos pengurusan dan siasatan yang tinggi.

“Tambahan pula, kes seperti penggunaan gelaran akademik palsu seperti tidak memberi apa-apa kesan kepada pelaku kerana pendakwaan terhadap kes sedemikian juga adalah sesuatu yang jarang didengari,” katanya.

 

Sumber: UTUSAN ONLINE



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post