Aktres Niena Baharun, 23, menafikan menjadi punca putusnya hubungan cinta antara Raja Afiq dan Anis Al-Idrus seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.
Bertemu dengannya di lokasi penggambaran doku drama Ceritaku, Niena berkata, dakwaan tersebut sekadar gosip liar yang bersifat fitnah, bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya.
“Cerita itu tidak betul, hanya tuduhan tidak berasas. Saya dan Raja Afiq memang berkawan baik sementelah terlibat dalam produksi sama, Sayangku Kapten Mukhrizsebelum ini.
“Tak semua orang senang dengan kita, jadi apabila keluar gosip macam ini, saya tak terkejut dan reda sahaja mendengarnya,” jelasnya.
Sementara itu, bercerita tentang Ceritaku, Niena membawa watak seorang wartawan lokasi bernama Siti Khadijah yang menjelajah ke pelosok kampung menunggang motosikal besar mencari penduduk yang ditimpa kesusahan hidup.
Diterbitkan oleh A. Aida Production, program berbentuk kemasyarakatan itu bakal disiarkan di Salam HD (saluran 113), HyppTV bermula 6 Disember hadapan.
Sumber: UTUSAN ONLINE
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW