Laporan Doktor Serdang tumbuk polis oleh TKP Kementerian dipertikai

“Agak ganjil” seorang doktor didakwa memukul anggota pasukan khas polis seperti dinyatakan oleh Kementerian Kesihatan, kata badan doktor Islam.

“Tanggapan seorang pegawai perubatan didakwa menyerang polis berpakaian hitam agak ganjil kerana ia tidak dinyatakan dalam laporan doktor terbabit,” kata Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Imam).

Doktor Serdang tumbuk polis? NGO pertikai TKP kementerian

Doktor Serdang tumbuk polis? NGO pertikai TKP kementerian

Doktor Serdang tumbuk polis? NGO pertikai TKP kementerian

“Kami menjangkakan sikap lebih simpati daripada timbalan ketua pengarah (TKP) kesihatan terbabit,” kata presiden Imam Dr Jeffrey Abu Hassan.

Badan itu mengulas kenyataan Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurai yang dilaporkan Rabu lalu sebagai berkata doktor berusia 28 tahun itu sepatutnya tidak melarikan diri.

Insiden yang dialami Dr Thanendran Renganathan berlaku 7 Oktober lalu di warung tepi Hospital Serdang ketika pasukan polis Stafoc memburu perompak Geng Ram di situ.

Menurut Dr Jeyaindran, doktor tersebut yang sedang berehat makan tidak mendengar arahan polis dan malah melarikan diri ke arah kumpulan penjenayah tersebut, lapor The Sun.

Apabila ditangkap, doktor tersebut didakwa menumbuk polis lalu beliau ditahan di balai polis sebelum identitinya disahkan oleh seorang kakitangan hospital tersebut.

Dr Jeyaindran menyatakan beliau faham perasaan doktor tersebut, masih berbaju seragam dengan stetoskop, yang terkejut diserbu sebegitu kalaupun pasukan polis berkenaan berpakaian seragam.

“Waktu itu, mereka [polis] tidak pasti siapa dia [doktor] sebenarnya. Sesiapa sahaja boleh memakai seragam biru doktor pembedahan atau mengenakan stateskop,” katanya seperti dilaporkan.

Sementara pasukan khas polis pula dilaporkan sebagai bertopeng dan bersenjata berat.

Dr Jeyaindran juga berkata kedua-dua pihak wajar mengambil iktibar agar insiden tidak berulang. Imam turut berharap siasatan lengkap dijalankan terhadap insiden “malang” ini.

Ketua polis Sepang ACP Abdul Aziz Ali dilaporkan berkata kejadian itu akibat salah faham dan ia “benar-benar kesilapan yang tidak disengajakan.”

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post