Lelaki Malaysia curi RM3.2 juta dari bank Melbourne

Seorang warga Malaysia bakal berdepan tuduhan mencuri hampir sejuta dolar Australia (RM3.19 juta) melalui pemindahan dan pengeluaran wang secara menipu.

Lelaki Malaysia dituduh curi RM3.2 juta dari bank Melbourne

Lelaki Malaysia dituduh curi RM3.2 juta dari bank Melbourne

Chen Seng Yee, 22, pergi ke beberapa cawangan Bank Melbourne untuk mengeluar wang daripada akaun seorang hartawan China, lapor portal The Age.

Lelaki ini dituduh mencuri A$685,000 (RM2.19 juta) wang tunai daripada cawangan-cawangan bank tersebut di Melbourne selama seminggu antara hujung Ogos hingga awal September.

Laporan itu juga menyebut polis mendakwa Yee pergi ke cawangan bank di selatan Melbourne untuk memindahkan wang ke sebuah akaun lain pada Ogos dengan menggunakan pasport palsu China.

Beliau ditahan pada Khamis susulan serbuan polis di dua apartmen di Melbourne dan dibawa ke Mahkamah Majistret pada hari sama dengan tuduhan membeli hartanah dengan cara menipu.

Yee kini sedang ditahan reman dan akan dibawa ke mahkamah tersebut pada 19 Januari depan.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post