Lepas insiden tikus baring atas roti bakar, Mid Valley janji tingkatkan kebersihan

Lepas insiden tikus baring atas roti bakar, Mid Valley janji tingkatkan kebersihan | Bakeri Komugi ditutup bagi “pembersihan yang rapi dan penilaian prosedur operasi” selepas insiden tikus mati awal minggu ini, kata Mid Valley Megamall.

Pengurusan pusat beli-belah itu juga menegaskan semua penyewa akan dipastikan menjaga tahap kebersihan, katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Lepas insiden tikus baring atas roti bakar, Mid Valley janji tingkatkan kebersihan

Lepas insiden tikus baring atas roti bakar, Mid Valley janji tingkatkan kebersihan

“Susulan insiden di Komugi pada 23 Oktober lalu, pengurusan Mid Valley Megamall meminta maaf kepada pelanggan kami akibat pengalaman yang meresahkan itu,” katanya.

Semalam Komugi Malaysia menyatakan premisnya di gedung terkenal itu akan ditutup buat sementara bagi menjalankan siasatan insiden tersebut.

Kejadian itu mendapat perhatian meluas selepas seorang pelanggannya berkongsi foto seekor tikus terbaring di atas susunan roti yang baru sahaja dimasak di Facebook, Ahad lepas.

Pelanggan itu, yang tidak menamakan bakeri tersebut, sebelumnya memaklumkan kehadiran haiwan itu kepada kakitangan kedai Komugi.

Pengurusan Mid Valley berkata mereka kini bekerjasama dengan Komugi dan pihak berkuasa untuk “mengekalkan tahap kebersihan yang memuaskan bagi kedai itu”.

Disebabkan kejadian itu juga, pihak pengurusan berjanji akan menggandakan kekerapan pemeriksaan kebersihan.

Sumber: Malay Mail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post