Pejabat Sisters in Islam diserbu polis tapi enggan buka pintu

Pejabat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sisters in Islam (SiS) diserbu pihak polis pada Isnin, demikian menurut aktivis Datin Paduka Marina Mahathir.

Polis Serbu Pejabat Sisters in Islam

Polis Serbu Pejabat Sisters in Islam

“Bergegas ke pejabat @SistersInIslam. Atas sebab-sebab tertentu polis berada di sana cuba untuk memecahkan pintu depan,” katanya menerusi Twitter pada Isnin petang.

Beliau berkata polis juga bertindak meninggikan suara kepada kakitangan SiS yang berada di lokasi.

“Kami enggan membuka pintu sehingga peguam tiba. Polis mengatakan kami menghalang keadilan,” kata Marina dalam tweet berasingan.

Sementara itu seorang ahli SiS memberitahu The Star Online melalui WhatsApp bahawa polis sebenarnya tidak menyiasat organisasi itu sebaliknya seorang kakitangan NGO berkenaan.

 

Sumber: MStar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post