Pencawang elektrik meletup ketika diselenggara, juruteknik TNB cedera parah

Seorang juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB), Cawangan Teluk Intan, cedera parah akibat melecur selepas pencawang elektrik meletup ketika diselanggara.

Mangsa Mohd Zaid Sulaiman, 34, dikatakan mengalami kecederaan serius dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Teluk Intan.

Pencawang elektrik meletup ketika diselenggara, juruteknik TNB cedera parah

Pencawang elektrik meletup ketika diselenggara, juruteknik TNB cedera parah

Pengurus Besar TNB Perak, Raja Abdul Jalil Raja Zaid ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan berlaku tengah hari tadi melibatkan Pencawang Elektrik Medan Niaga Lagenda, Hutan Melintang.

“Siasatan sedang dijalankan dan buat masa ini kami memberi tumpuan untuk menyediakan rawatan terbaik kepada Mohd Zaid dan membantu ahli keluarganya yang masih terkejut dengan kejadian,” katanya.

Sementara itu menurut laporan yang dikongsi melalui aplikasi WhatsApp, difahamkan ketika kejadian mangsa dikatakan sedang penyelenggara stesen pencawang sebelum rakannya terdengar bunyi letupan.

Mangsa kemudiannya keluar dari pencawang dengan keadaan terbakar pada bahagian badan sebelum dikejarkan ke Hospital Teluk Intan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang, Tuan Soh Tuan Lah ketika dihubungi berkata kejadian berkenaan berlaku di belakang Kolej Komuniti Bagan Datoh, Hutan Melintang.

“Pihak Bomba Hutan Melintang menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 12.18 tengah hari tadi.

“Namun setibanya di lokasi mangsa tiada di tempat kejadian dan api juga sudah padam,” katanya.

Tambahnya pihak bomba kemudiannya mengambil tindakan dengan memeriksa lokasi kejadian bagi memastikan api padam sepenuhnya.

Sumber: Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post