Priyanka Chopra terpaksa minta maaf kerana tersilap pakai baju

Seorang pelakon popular Bollywood mendapat kecaman selepas dilihat bergambar dengan baju yang dianggap memperkecilkan pendatang dan pelarian.

Priyanka Chopra, 34, memohon maaf semalam selepas pengguna media sosial menuduhnya tidak sensitif ketika bergambar untuk majalah Condé Nast Traveller India, lapor Reuters.

Tersilap pakai baju? Priyanka Chopra terpaksa minta maaf

Tersilap pakai baju? Priyanka Chopra terpaksa minta maaf

Tersilap pakai baju? Priyanka Chopra terpaksa minta maaf

Bekas ratu cantik Miss World itu memakai baju T putih dengan perkataan “pelarian”, “pendatang” dan “orang asing” yang dipotong dengan garis merah, meninggalkan hanya “pengembara”.

Majalah tersebut memuatkan foto muka depannya melalui Twitter pada 7 Oktober dengan slogan “Berani dan tanpa gentar, @priyankachopra menyatakan sikapnya di muka depan edisi ulang tahun keenam kami. #KenapaKamiMengembara”.

 

Mesej pada baju T itu mencetuskan keberangan di media sosial apabila pengguna menuduh Chopra memperkecilkan nasib pelarian yang dipaksa meninggalkan kampung halaman mereka.

 

Chopra — dianggap Time sebagai seorang daripada 100 paling berpengaruh dan duta badan kanak-kanak Unicef — berkata mesej itu bertujuan membangkitkan isu perkauman tetapi telah disalah anggap.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post